Friday, September 02, 2011

Bila Tuhan itu Memperingatkan Kita

Bila Tuhan memperingatkan kita,
maka Tuhan masih sayangkan kita,
jangan mengeluh,
tapi redha.

Bila Tuhan bagi bala,
kita terima,
jangan menyerah,
kuatkan semangat.

Bila pada kita sihat sempurna,
bila kita tiada cacat cela,
maka jadi manusia jangan pelupa.

Bila hidup disauk bencana,
ada sebab,
bukan sengaja Tuhan nak menduga.

Bukan selalu senang hidup kita,
senang selamanya.
Bukan bahagia kita hari ini,
kita bahagia hari esok.

Dalam hidup perlu jaga-jaga,
dalam hidup perlu ada waspada,
kerana kita hidup,
tumpang-tumpangan semata,
maka akan sentiasa ada mata,
mengawasi kita setiap masa.

Bila Tuhan bagi peluang dan semangat hidup,
maka teruskan,
jangan siakan.

Aku sedar aku jadi manusia selalunya mudah lupakan Kau.

Sihat semalam aku kenang-kenangkan,
aku idam-idamkan,

seandai hari esok aku pulih seperti sediakala,

sihat itu aku sayang-sayangkan,
aku syukur-syukurkan.

Mungkin Abu tokeh estet hari ini,
tapi mungkin Abu muflis lalu menjadi pekerja ladang hari esok.

Mungkin Kiah punya gelang sehasta tiga hari lalu,
mungkin sabtu malam minggu gelang-gelang dengan tangan Kiah habis kena kebas.
*kiah kudung sebelah tangan

Minggu lepas aku sihat,
minggu ini aku jadi orang serba penyakit.
Mungkin minggu lepas dan minggu-minggu sebelum,
aku taksub dunia.
Tapi kelmarin hingga hari ini aku merana.

Hari ini aku baru sedar

Langit bukan selalu cerah,
panas bukan sampai ke petang.

Aku selalu menangis bila tengok orang sakit,
dalam konteks memandang,
aku selalu menjadi orang yang beruntung.

Selalu punya pengalaman melihat orang,
nilai dan tafsirkan nasib orang,
macam biasa, konklusi lazim siapa-siapa
rintangan dunia, Tuhan sayangkan mereka, nak hapuskan dosa.

Dan kelmarin,
tafsiran itu khas untuk aku.
Aku sangkakan aku gagah,
air mata dapat aku kekang sampai bila nyawa di hujung tanduk,
rupanya aku goyah,
air mata tak berhenti mengalir.

Menjadi orang sakit itu perlu pasrah.
Ikut takdir membawa arah.

Patutlah orang sakit selalu nangis,
rupanya sakit itu datang sekali dengan perasaan paling hiba.

Nangis dijaga orang,
nangis dikesian orang,
nangis diubat orang,
nangis dipesan orang,
nangis dikeliling orang,
nangis ditinggal orang,
nangis bila sakit membisa datang,
segala nangis kalau sakit ni.

dan nangis mengharap sembuh,
dan menangis berharap normal seperti dulu.

Bila sakit, kita sedar semua perkara,
dan bila sakit, kita belajar SATU perkara UTAMA
satu perkara yang mungkin kita sedar bila datangnya sakit sahaja,

kita akan belajar MENGHARGAI.

Hargai SEMUA perkara,

hargai masa,
hargai ibu bapa,
hargai duit,
hargai kesihatan,
hargai anggota badan,
hargai makanan,
hargai minuman,
hargai pahala,
dan yang paling penting
hargai nyawa.

Kita semua akan belajar dengan pengalaman sendiri.
Entah kat mana silap aku,
aku jadi macam ni.
Tengok diri sendiri pun takut,
tengok diri sendiri pun kelam kabut.

Tapi satu pengajaran jelas khas untuk aku sendiri dan aku post di sini khas untuk dikongsi,

Apabila kita belajar Menghargai, secara tidak langsung kita akan belajar Bersyukur.

Tuhan memang kreatif dalam menduga hamba-Nya, dia menduga dalam keadaan yang kita tak pernah expect pun. Dia nak duga aku demam, tak extreme. Aku belum dapat belajar, dah biasa sangat, demam dengan aku mmg kautim, setiap bulan mesti demam. So Dia duga dengan sakit yang amat dasyat bisanya. Warh, bila bisanya menyerang, rasa macam I dont belong to this world any longer. Ok, yang ini sangat extreme.

Tuhan kan perfect, apa rasional tersirat sakit aku datang musim perayaan ni aku tak pasti.
But i've gained my lesson in a very pain way

*cam yek yek je english, pain way, haha tapi sebagai manusia aku kongsi, lagipun mmg kongsi lah tujuan asal blog ni. kawan-kawan doakan aku cepat baik dan boleh baik. insyaAllah. semoga Tuhan izinkan aku sembuh dari penyakit. terima kasih Tuhan yang baik, even aku perit bila sakit menyerang, air mata yang ditahan akhirnya kecundang, tapi aku tahu muslihat Kau, Kau nak hapus dosa aku, or at least reduce kan, Kau nak aku sedar, Kau nak suruh aku ingat Kau dalam semua hal kan. I will. Thank God, You remind me enough







No comments:

Post a Comment