Malam ini, malam raya ini.
Malam penuh syahdu ini. Malam raya pusingan ke-17 dalam hidup aku.
Dan malam ini, malam pertama raya paling sunyi. Sendiri dalam kamar sepi.
Haaaa, kawan-kawan yang aku kasihi sekalian, ini bukan kisah sedih. Sbb dari tadi aku online, itu cara aku menyemarak suasana raya pada tahun ini, dengan mengucapkan selamat di dinding-dinding mukabuku sahabat. Maka kini aku sedar, dari amalan memasang pelita beralih pada aktiviti melingkar di depan tv dan sekarang berubah pula kepada online sampai pagi. Penanda aras bahawasanya dunia semakin maju. Plus, mood raya aku telah pun tamat sejak menjengah ke alam sekolah menengah. Online was a great thing to do just now.
Aku sudah bukan budak kecik itu lagi, yang pada malam raya terpijak bunga api, yang malam raya menjerit nyanyi-nyanyi. Tidak lagi. Aku sudah akil baligh.
Haha disebabkan aku malam raya sendiri la nih merapu mcm ni la punn. Atoi.
Anyway, i'll stop being stupid mlm-mlm raya ini. So di ruang legar bahasa kesat aku ini.
Aku susunkan huruf-huruf untuk dijadikan bait-bait dengan harapan dapat dibinakan ayat-ayat untuk disusunkan agar dapat dikenang sebagai ucapan.
Selamat Hari Raya ;
-mama ayah
-adik
-macik pacik
-saudara mara
-sahabat handai
-guru-guru
-rakan taulan
-jiran-jiran
-seluruh umat islam
Terlebih aku dalam berjenaka, marahkan tapi maafkan lah.
Terkasar aku dalam budi bicara, ingatkan tapi jangan disimpan, ampunkanlah.
Sesungguhnya manusia mmg tak masuk ajar. Maafkan aku pada raya kali ini, maafkan aku pada raya di akan datang. Maafkan salah zahir, dan salah batin aku. Semoga syawal yang tiba disambut serba sederhana tanda dukacita kita atas pemergian ramadan semalam yang membawa seribu makna bersama ganjaran seribu bulannya.
*salam lebaran, sayang semuaaaa, hati-hati di jalan raya, mulakan apa saja dengan bismilah dan semua akan jadi mudah, insyaallah.
No comments:
Post a Comment