Tuesday, July 19, 2011

Shocked and Pissed Off

Alwayssssss got something that really prevent me from posting entry about young lady part2. I'm totally pissed off. But that was nothing compared to my feeling right now. I really need to post this entry because i repeat 'I'm totally pissed off'. Dont tell me its nothing to shout off. Im pissed off after read that blog. Totally. One O one percent makes me annoyed. Reading my ideas in someonelse blog was never healthy. 

I'll tell u right now lady. I dont even bother and never care about what you will or already posted on your blog. Never care. But, I bother and care enough when you were copying my ideas. Mine. Which is mine. Own your blog with your own personality. Then only u can talk about 'hak' or whatsoever which is I never care like u ever extremely care about my ideas. Being budak kecik in this few entry, makes me annoyed of myself. Me annoyed myself because of others. 

Always, ask for my permission. It was never that hard to ask. Never.

*maybe im not like other famous bloggers. i never thought of being one pun. but, blog is all about writing dear bloggers. my blog is genuinely mine all about myself. my idea. my sentence. mine mine mine. thats why i dont like to see what's mine in other's. do i need to say sorry? :/ lucky i remembered Ustazah Siti Nor Bahyah advise. do forgive and do forget.

Wednesday, July 13, 2011

Hari Nanti

Dalam dunia, mana ada orang lain pandai. Mana ada orang lain tahu perkembangan terbaru. Kau sorang je tahu, orang lain sume bodoh, orang lain sume bebal tak tahu ape2. Memang kau sorang je la paling sarat pengetahuan.


BOSAN. PALING MEMBOSANKAN. PENAT. PALING BINGIT. TAK SUKE!


Aku buktikan nanti.

NANTI. TUNGGU SATU HARI NANTI. MESTI DATANG HARI PALING AKU TUNGGU. HARI PALING MEMBUKTIKAN. HARI BERSEJARAH AKU. HARI MENDIAM KAU. HARI AKU PALING SENYUM SEPANJANG HARI, HARI AKU. DAN AKU AKAN CUBA BUAT SETIAP HARI, HARI AKU. HARI-HARI AKU PALING TAHU. SEMOGA DATANG LAH HARI AKU TUNGGU.


*ni padah aku yang suka bercakap melalui hati. tak suka bukak mulut. tak suka beritahu apa aku tahu. tak suka uar-uar apa aku tahu. apa yang aku lebih tahu. nasib baik perasaan membuak tunggu hari nanti lebih kuat dari rasa nak bunuh diri. nasib baik.

Wednesday, July 06, 2011

Lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua


dalam diam,
dia retak menanti belah,
dalam hingar,
rupa hatinya sunyi tak pernah dijengah.

*luahan mereka, intepretasi aku


Tuhan yang sempurna, berikan lah keceriaan dalam hidup warga-warga yg meniti usia emas itu. Berikan sinar harapan, berikan sedikit belas kasihan, berikan secebis ketenangan, berikan seribu kegembiraan,
tunaikan.

Tuhan, kau telah rabakkan mataku yg sepet. Manusia tak selalunya adil.
Dalam bahagia aku, ada derita orang lain.

Aku lambat tahu dengan keadaan mereka-mereka yg tiada untung badannya, segala menderita.

Semoga aku akan ada lagi kesempatan menjengah, kesempatan membantu, semoga kau curahkan aku rezeki yang melimpah, untuk dibahagi-bahagi pada yang susah. Semoga sedikit yang aku mungkin berikan nanti, sebanyak mengubat hati yang parah. Semoga kau bukakan pintu hati anak-anak mereka, bawa lah ibu bapa yang tidak punya hayat yang panjang itu pergi dari rumah itu. Bawa ibu bapa yang tiada rela ditinggal tak semena-mena. Semoga rintihan aku kau perdengarkan, dan semoga aku, kau jauhkan, dari segala perbuatan. 


Aku tak jumpa makcik ni, atau mungkin dia ada. Tapi aku tak perasan. Atau mungkin anak dia dah dapat hidayah untuk tak payah buat mak dia lari-lari lagi. Kerana pernah suatu hari, mak dia tersembam masa mengejar dia (aku andaikan). Atau aku dah salam dengan dia. Tapi, dengan erti kata lain, aku tak tahu apa-apa, tu post 2009, skrg 2011. Lagipun aku baru jumpa entry ni. 

Masa aku kat rumah tu, aku tak pernah sanggup tengok wajah makcik pakcik yang ada kat situ, yang dalam wajah mereka, tertanam segala kemahuan yang belum mampu disempatkan, yang dalam hati mereka, ada seribu pertanyaan. Tapi aku perlu tengok, kerana aku perlu kekuatan untuk tidak buat, tidak biar parents aku jadi macam tu. Aku ada peluang untuk menemuramah penghuni rumah tu, tapi aku tak buat pun sbb aku kaku tak mampu nk tanya apa-apa, tak tahu nk buat reaksi apa. Dalam konteks tu, aku mmg sial. Ada kesempatan tapi dibuang-buang. Aku menyesal.

Tapi, mungkin tiada hidup yang lebih sial selain membuat mak bapak mereka menderita. Jadi, sekali lagi aku putuskan, untuk sentiasa mintak dengan tuhan, agar minta disimpangkan dari perlakuan sedemikian. Andai suatu hari aku termakan janji sendiri, maka ingatkan, marahkan. Diminta sangat-sangat.

dalam dunia, TIADA ibu bapa yang tak sayangkan anak-anak mereka.
(mungkin ada : sedikit sebanyak berkait dengan kes pembuangan bayi)

tapi dalam dunia, RAMAI anak-anak yang tak sayangkan ibu bapa mereka.
(bukti : ank-ank yg meninggalkan mak bpk kat rumah orang-orang tua dengan sengaja)

Dunia semakin buat aku terkilan. Sekian.


yang sedih,
Eyqa Zulkifli