dalam diam,
dia retak menanti belah,
dia retak menanti belah,
dalam hingar,
rupa hatinya sunyi tak pernah dijengah.
rupa hatinya sunyi tak pernah dijengah.
*luahan mereka, intepretasi aku
Tuhan yang sempurna, berikan lah keceriaan dalam hidup warga-warga yg meniti usia emas itu. Berikan sinar harapan, berikan sedikit belas kasihan, berikan secebis ketenangan, berikan seribu kegembiraan,
tunaikan.
Tuhan, kau telah rabakkan mataku yg sepet. Manusia tak selalunya adil.
Dalam bahagia aku, ada derita orang lain.
Aku lambat tahu dengan keadaan mereka-mereka yg tiada untung badannya, segala menderita.
Semoga aku akan ada lagi kesempatan menjengah, kesempatan membantu, semoga kau curahkan aku rezeki yang melimpah, untuk dibahagi-bahagi pada yang susah. Semoga sedikit yang aku mungkin berikan nanti, sebanyak mengubat hati yang parah. Semoga kau bukakan pintu hati anak-anak mereka, bawa lah ibu bapa yang tidak punya hayat yang panjang itu pergi dari rumah itu. Bawa ibu bapa yang tiada rela ditinggal tak semena-mena. Semoga rintihan aku kau perdengarkan, dan semoga aku, kau jauhkan, dari segala perbuatan.
Aku tak jumpa makcik ni, atau mungkin dia ada. Tapi aku tak perasan. Atau mungkin anak dia dah dapat hidayah untuk tak payah buat mak dia lari-lari lagi. Kerana pernah suatu hari, mak dia tersembam masa mengejar dia (aku andaikan). Atau aku dah salam dengan dia. Tapi, dengan erti kata lain, aku tak tahu apa-apa, tu post 2009, skrg 2011. Lagipun aku baru jumpa entry ni.
Masa aku kat rumah tu, aku tak pernah sanggup tengok wajah makcik pakcik yang ada kat situ, yang dalam wajah mereka, tertanam segala kemahuan yang belum mampu disempatkan, yang dalam hati mereka, ada seribu pertanyaan. Tapi aku perlu tengok, kerana aku perlu kekuatan untuk tidak buat, tidak biar parents aku jadi macam tu. Aku ada peluang untuk menemuramah penghuni rumah tu, tapi aku tak buat pun sbb aku kaku tak mampu nk tanya apa-apa, tak tahu nk buat reaksi apa. Dalam konteks tu, aku mmg sial. Ada kesempatan tapi dibuang-buang. Aku menyesal.
Tapi, mungkin tiada hidup yang lebih sial selain membuat mak bapak mereka menderita. Jadi, sekali lagi aku putuskan, untuk sentiasa mintak dengan tuhan, agar minta disimpangkan dari perlakuan sedemikian. Andai suatu hari aku termakan janji sendiri, maka ingatkan, marahkan. Diminta sangat-sangat.
dalam dunia, TIADA ibu bapa yang tak sayangkan anak-anak mereka.
(mungkin ada : sedikit sebanyak berkait dengan kes pembuangan bayi)
tapi dalam dunia, RAMAI anak-anak yang tak sayangkan ibu bapa mereka.
(bukti : ank-ank yg meninggalkan mak bpk kat rumah orang-orang tua dengan sengaja)
Dunia semakin buat aku terkilan. Sekian.
yang sedih,
Eyqa Zulkifli
No comments:
Post a Comment