Tuesday, August 14, 2012

Takut tak Sempat lah baby!

Assalamualaikum,

Semoga sihat sejahtera hendaknya semua. Maaf kerana cepat mengutus perutusan Hari Raya. Hal ini demikian kerana, zaman sekarang tak perlu tinta. Yang perlu cuma keyboard semata. Semua di hujung jari sahaja.

Jadi, di kesempatan ini, di ruang legar teriak teraburan huruf saya ni. Saya nak sosek-sosek sikit lah bersangkut Syawal yang bakal kunjung tiba ni. Di sini, ingin saya akukan yang selama 19 tahun kehidupan saya selalu menyusahkan, menyakitkan, memualkan, merunsingkan semua yang masih, yang pernah atau tak pernah wujud dalam kehidupan saya. 

Saya sedar, kadang saya berlebihan dalam berkata, lancang bersuara, kerek bersua muka, rancak menulis tak kira, ganas menyentuh meraba. Jadi, saya ambil kesempatan dekat ruangan blog saya yang bercampur baur isi kandungannya tak beri munafaat seperti yang dijanjikan pada mula wujudnya laman ni, untuk meminta-minta kemaafan dari semua. 

Segala salah silap saya yang disengajakan dengan niat, yang tak berniat tapi disengajakan, yang tak disengajakan tapi terbuat, yang tak disengajakan tanpa sedar, yang sedar yang tak sedar segala yang terlepas pandang yang dua tiga kali pandang. 

Saya minta maaf sangat.

Salam Aidilfitri buat semua. Minta dihalalkan apa sahaja yang telah saya terima. Mungkin barang-barangan, mungkin makan minum, mungkin berlaku pembaziran sbb call or text saya, mungkin saya ajak mengumpat ajak mencela. Minta maaf. Tak niat nak kongsi dosa atau berbuat dosa kepada awak semua. 

Semoga hari raya kali ni meriah dari tahun sebelumnya buat semua. Akhir kalam dari saya dan mewakilkan seluruh keluarga ingin mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.



yang menaip dengan sayunya,

RAJA NUR AFIQAH.